::bOdOhkah aku?
Saturday, November 20, 2010 | 2:22 AM | 1 comments
mata ni xdapat tdO. sO, aku memilih utk update blOg ni. kira satu kejayaan la bila xtdO siang. ehe...sebenarnya, hati ni tgh gundah gulana. mengadu ngan mr.blOg. kenapa kita perlu bkawan? sejauh manakah pentingnya seOrang kawan itu? tepuk dada tanya la diri-sendiri. persepsi kita tentang kawan adalah terpulang pada diri masing-masing. kawan, sahabat, teman, friend, pang you, chingu...atau dalam apa jua bahasanya..tetap merujuk kepada maksud yg sama. pada pendapat secara peribadi, kawan adalah sama pentingnya dengan keluarga. jika dlm keadaan yg berjauhan dari keluarga sebegini, kita sangat perlukan kawan. kawanlah tempat kita mengadu, bsuka ria, dan menempuh segala ranjau kehidupan. pengaruh kawan dalam hidup kita begitu besar. bergaduh memang asam garam dalam setiap perhubungan. hargailah setiap kawan yg telah dianugerahkan Oleh tuhan kepada kita. hOrmati mereka. tiada istilah lupa dalam kOnteks menjaga hati kawan sedangkan hati keluarga sendiri perlu dijaga apatah lagi dengan kawan. sebagaimana kita inginkan layanan baik darinya, begitu juga mereka. bukan senang nak mencari kawan yg betul2 sejati. yg penting kita masing2 menghOrmati. kawan adalah insan kedua yg terdekat dengan kita. malah, lebih rapat berbanding dengan keluarga. aku sayang serta hOrmat semua insan yg menjadi kawan ku. aku akan berusaha sebaik2nya dalam menjaga hati mereka. menjaga hati kawan melebihi menjaga hati sendiri. jika aku ada terkasar bahasa dengan kawan2 aku, maafkan lah diri ini. aku tau aku bukan seOrg kawan yg sempurna. pernahkah kita mengadu gagal percintaan kepada keluarga? pernahkah kita berkOngsi kegembiraan apabila dapat memiliki putera idaman kepada keluarga? pernahkah kita mengumpat bersama keluarga? semuanya kepada kawan. malah kawan adalah lebih rapat dari kekasih sendiri. . aku xsuka mengasari kawan...aku berusaha untuk menjaga hati kawan2ku tapi apabila hati aku tersinggung hanya kerana perbuatan seOrang insan bernama sahabat, aku xkan biarkan. aku akan berdiam tp berdiam tidak bermakna aku kalah dan bOleh dipijak2.. sedangkan dlm hati ini menangis. xpa...selagi sabar masih ada di dada..aku akan biarkan. biarkan bukan bermakna aku merelakan diri diperlakukan sebegitu. walaupun semua manusia dianugerahkan sifat sabar, akan tetapi sabar itu ada batasnya. apabila kesabaran ku mengatasi batasannya, aku akan menjauhi Orang yg menyinggung perasaanku. apa guna berkawan jika kita xmenghOrmatinya? persahabatan adalah satu hubungan yg mulia. aku akan menjauhi orang yang menyinggung perasaan ku. aku xkan rasa diri betul, tapi aku punya hak utk rasa tersinggung. perasaan Orang lain sama berharga dengan perasaan sendiri. jika kita xsuka dikasari, begitu juga dengan Orang. jika kita ingin diri sentiasa dihOrmati, begitu juga dengan Orang lain. memang letih untuk puaskan hati Orang demi menjaga sebuah perhubungan. tapi aku xkan lupa untuk mempertahankan hati dan perasaan ku. kita perlu bersikap adil dalam sebuah perhubungan, jika perasaan kita dikasari, apa guna kita terus menjaga perasaannya? pernahkah kita berfikir bahawa perasaan Orang juga berharga seperti perasaan sendiri? jika perbuatan kita mengasari, menyinggung, melukai perasaan Orang terdekat kita, adakah kita akan rasa diri kita betul dalam tindakan itu? adakah pernah wujud sifat bersalah dalam hati kita jika kita pernah menyinggung perasaan dan hatinya? sedangkan hati dan perasaan keluarga kita perlu dijaga, apatah lagi jika Orang yg langsung xmempunyai pertalian darah dengan kita. jika sekali dua kita melakukannya, orang bOleh terima tapi jika berulang kali, fikir-fikirkanlah. Orang akan menjauhi kita. memang xadil jika hanya kita sahaja yg menjaga hati dan perasaan orang tetapi perasaan kita dipandang enteng.... selagi orang itu kawan kita, selagi itu kita akan jaga hatinya. tetapi jika hati aku tersinggung, aku xakan membiarkannya. aku xkan melawan balik tapi ingatlah...aku rela kehilanganmu demi perasaanku. aku tetap pertahankan hak aku. jika anda fikir perbuatan anda mengasari, menyinggung dan melukakan hati sahabat adalah satu perbuatan yg betul, teruskan. kita akan sedar bila suatu hari kelak anda akan hidup tanpa sahabat, disitu jangan anda tangisi.