"sebagai manusia, kita sayang kamu"......sunan
Monday, November 15, 2010 | 6:45 AM | 0 comments
ni la nOvel yg paling sy suka. nOvel dr penulis Ramlee Awang Murshid..nOvel ni merupakan nOvel thriller. cinta sang ratu ni ada lah sambungan daripada bagaikan puteri. novel bagaikan puteri blOm lagi sy baca. sebab sy trus baca cinta sang ratu ni. tu pun kawan yg suggest sy baca novel ni. after sy baca habis novel ni, sy jd sedih sebab sy masih nak baca. tabik la kat novelis Ramlee Awang Murshid sebab berjaya menghasilkan nOvel yg begitu bagus. jalan cerita nya memang penuh pengembaraan. banyak informasi sebab nOvel ni berdasarkan sejarah melayu iaitu zaman hang tuah dulu2 kala...ceh wah. sy terus meminati setiap novel hasil tulisan beliau. even ada novel beliau yg sy blom baca lagi. novel pertama beliau yg sy baca adalah rahsia perindu. emm...novel tu penuh misteri sebab berkaitan dengan unsur psikologi. tapi disini sy ingin komen novel cinta sang ratu ni. sy bg 5star la. novel ni memang best tapi malang, sy xbaca dari novel bagaikan puteri. mesti pening baca sebab xbaca dari awal jalan cerita. tapi, nasib baik kawan sy dengan murah hati menceritakan jalan cerita bagaikan puteri tersebut. sy telah jatuh hati dengan watak laksamana sunan. novelis berjaya menghidupkan watak tersebut. sy percaya ramai lagi wanita2 di luar sana terpikat dengan laksamana sunan ni. laksamana sunan seorang yg kuat pegangan agamanya. beliau akan mengalahkan musuhnya dengan penuh diplomasi. sehingga ada sesetengah musuhnya terasa terharu. seperti yang berlaku dengan ratu sulaman. ratu sulaman telah jatuh cinta dengan laksamana sunan. kalo lah ada lelaki seperti itu di dunia yg nyata ini, rasa bahagia lah kaum hawa di muka bumi ini. sy betul2 jatuh hati dengan watak laksamana sunan ni. sy suka dengan kata2 beliau, "sebagai manusia, kita sayang kamu". sesiapa sahaja yg menerima kata2 yg sedemikian pasti lembut hatinya. dengan kata2 yang penuh hikmat itu lah hati ratu sulaman yg begitu jahat bertukar menjadi lembut apabila ratu sanggup memeluk agama islam. jalan cerita ini penuh dengan konflik di mana ramai pihak ingin menjatuhkan laksamana sunan. akan tetapi, laksamana sunan sentiasa tabah. apabila sy membaca novel ini, sy turut merasa dalam situasi dalam novel tersebut. begitu kreatif penulisnya menghasilkan novel sedemikian. daripada itu, sy sentiasa mencari novel beliau seperti sambungan novel ini iaitu hijab sang pencinta, tombiruo, dan lain2 yg sy xtau tajuknya.