::aku manusia biasa::
Monday, April 25, 2011 | 7:52 PM | 0 comments
rupa2nya..bukan senang nak menjaga hati dan perasaan orang.
jika kita fikir kita menjaga hati dan perasaan orang tapi kita tak sedar bahawa dalam diam kita telah melukakannya.
jika kita sedar kita sedang mebuat kesalahan, jangan ragu-ragu untuk meminta maaf. walaupun maaf itu tak mampu mengubah apa2.
sekurang2nya kata maaf tersebut mampu menyejukkan keadaan. dalam sesebuah hubungan, masing2 berusaha untuk menjaga hubungan tersebut. tak siapa pun yang mahu melihat hubungan tersebut retak. tetapi, kita hanyalah manusia biasa, tak pernah lari daripada membuat kesalahan sama ada kecil atau besar, dalam sedar atau tak.
dalam apa2 hubungan sama ada hubungan persahabatan mahupun percintaan, sy akan berusaha untuk menjaga hati dan perasaan mereka. walau bagaimana pun, sy bukan lahir sebagai malaikat. yang tak lari daripada membuat kesilapan.
pengajaran nya disini bagi sy, jangan pernah anggap diri kita dah melakukan yang terbaik terutamanya dalam soal perasaan kerana dalam tak sedar, kita telah melakukan kesilapan.
sekurang-kurangnya, jangan pernah ada penyesalan kerana kita dah berusaha menjaganya.
memang mencabar bagi sy hidup berjauhan daripada keluarga tersayang. kerana kita akan menjalani hidup bersama orang-orang yang akan menjadi kawan kita dan sekali gus menjadi keluarga kita. oleh itu, menjaga hati mereka adalah sama penting dengan menjaga hati ahli keluarga kita.
akan tetapi, menjaga hati orang yang tiada pertalian darah dengan kita adalah lebih mencabar dari apa yang sy fikirkan.
macam-macam dugaan yang datang sepanjang sy menjalani hidup sebagai seorang pelajar terutama di peringkat universiti kerana keadaan ini telah memperlihatkan sebuah perbezaan yang begitu ketara jika dibandingkan dengan kehidupan sy sebelum ini. tekanan bukan sahaja datang daripada pelajaran atau jadual kuliah yang padat atau tugasan yang menimbun2. tapi, tekanan dari segi soal hati dan perasaan adalah lebih mencabar dan kadang2 mampu menggugat keegoan kita.
sebelum ini sy belum pernah hidup berjauhan daripada keluarga. so, sangat susah untuk sy membiasakan diri.
walau apapun, pengalaman ini telah mengajar sy. sy akan terus cuba untuk memelihara apa2 hubungan waima persahabatan atau pun percintaan. kerana itulah tanggungjawab sy sebagai seorang individu.
sy betul2 memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah tersinggung atau terluka kerana kelakuan sy. percayalah, sy tak pernah melakukan nya dalam keadaan yang sengaja. mungkin bagi sy, sy dah melakukan yg terbaik untuk semua, tapi untuk memuaskan hati orang adalah sangat payah.
memang unik ciptaan Tuhan iaitu mengurniakan hati dan perasaan kepada manusia.
p/s: biar lah kita ibarat lilin yang menerangi orang lain, tak apa kita sakit asalkan mereka bahagia dengan cahaya kita.