::kawan yang tak sedar diri::
Saturday, April 23, 2011 | 2:02 AM | 0 comments
lenguhnya kaki sy. mana tak nya...hari ni explore unaco dan everise ngn seorang kawan yg tak mahu namanya didedahkan<macam artis pulak>. penat tak terhingga tambahan dengan cuaca panasnya...fuhhhh...sampainya kami dua kat area unaco, kami terus mengisi perut kat tempat eksklusif kat sini====>KFC. memang kenyang dengan Set C nya..hahaha...lepas tu, kami dua pergi la kat unaco...sy kira..lama juga kami berdua berada kat tingkat atas unaco. agak2nya, pekerja di situ pun dah bosan tengok kami berdua. keluar je dari unaco, tengok2 satu barang pun tak dibeli..hahaha...kami dua tak puas hati so kami berdua masuk je kedai2 kat area tu..tapi xmembeli. saja2 cuci mata. kaki yg lenguh pun tak dpedulikan. sy tanya la kawan sy ni: kita pegi mana lagi ni? beliau jawab la dengan memberi cadangan: jum kita pegi everise. nak x? so, kata persetujuan daripada kedua2 pihak pun dicapai. berjalan la kami berdua dengan hanya berbekalkan sekaki payung je...meredah panas terik..sambil peluh menitis2 membasahi baju..fuhhh..penat tau. sampai je kat area everise, kami terus masuk everise. hanya untuk menyejukkan diri ngn air cond kat kedai tu. ok....kisah kawan yang tak sedar diri tu bermula di sini. bermula di everise...kami berdua pergi la kat bahagian pakaian. membelek2 pakaian kat situ. jadi, kawan sy ni berkenan dengan sehelai seluar. seluar pegi pantai yg berbunga2 tu..hahaha...beliau dengan yakin bahawa seluar tersebut padan dengan nya. beliau yakin yg seluar tu memang muat dengannya. so, beliau pegi la ke fitting room utk mencuba atau utk mengesahkan lagi keyakinan beliau tu. keluar je beliau dari fitting room, beliau bermasam muka. sy dpt tgk bahawa ada kesedihan dan kehampaan yg terpapar kat wajah beliau<macam tulis novel pulak>. sy tanya la, kenapa? dengan penuh hampa beliau menjawab: sy memang TAK SEDAR DIRI! hahahaa....beliau bgtau yg beliau tak sedar diri yg seluar tu terlalu kecik utk beliau..beliau tak sedar yg beliau semakin mengembang..soe ya kalau awak ada baca....tapi sy yakin awak ada baca. ok...tu la kisahnya. kisah kawan yg tak sedar diri...tengok je tajuknya, pasti korang fikir sy akan memburuk-burukkan orang kan?! tapi, jangan salah faham dulu..tu la pentingnya kita mesti baca habis. emmm...lagipun kawan sy tu sendiri yg mencadangkan sy bagi title mcm tu.
p/s: sy nak diet.