macam mana menghadapi first date?!
Friday, April 29, 2011 | 10:33 AM | 2 comments
hari nie sy cuba nak menulis tentang sesuatu yang berkaitan dengan cinta.
sy mendapat inspirasi selepas salah seorang member sy datang untuk meluah pasal masalah cinta beliau.
sy apa lagi...memuntahkan segalanya nasihat yang sepatutnya kepada dia.
sekurang-kurangnya sy dah menjalankan tanggungjawab sy sebagai kawan...bangga diri!
semua orang pernah melalui first date kan?! termasuklah sy.
kita akan menggelabah sebab kena fikir nak pakai baju apa, nak make up macam mana dan seangkatan dengan nya.
disini sy nak kongsi beberapa tips untuk menghadapi first date.
1. pakaian yang simple tapi menarik
memang pening bila nak menentukan pakaian yang kita nak pakai masa first date. pasti kita nak nampakkan diri kita cantik di mata si dia kan.
jangan menggelabah k. cuba buka almari pakaian korang. adakah korang ada update pakaian korang?
tak semestinya pakaian lama tak bleh pakai. tapi jangan lah pakai sesuatu yang sudah ketinggalan zaman. kalau tak ada juga pakaian yang sesuai atau baru...tak salah korang shopping baju baru.
biasa kan...dah lama single...malas nak fikir beli baju baru atau update fesyen korang. kita pakailah sesuatu yang simple tapi menarik. jangan pakai pakaian yang menjolok mata pulak. nanti tak pasal2 si dia tak tahan iman. kaler pun memainkan peranan yang penting dalam menentukan pakaian yang kita nak pakai yntuk first date kita. pilih la pakaian yang berkaler lembut, sweet dan sesuai ngan kulit korang. contohnya, biru laut, kuning cair, putih, pink lembut dan hijau cair. jangan pakai yang berkaler terang dan ganas seperti merah dan orange. kalau korang rasa tak konfiden sangat..korang pakailah kaler hitam. memang padan ngan apa2 jenis kaler kulit. pakai lah pakaian yang mencerminkan kita sebagai seorang wanita ayu.
2. make up
make up adalah penting untuk seorang perempuan.
kita ber-make up untuk nampak lebih cantik dan bermaya.
jangan la pakai make up yang tebal2 sehingga menampakkan korang macam badut.
cukup la bersolek ringan2 je. lelaki tak suka ngan perempuan yang ber-make up terlalu tebal. kalau korang tak pandai nak bersolek, cuba korang minta tolong kawan korang yang pandai menyolek untuk menyolek korang.
jadi, pakailah make up yang nampak natural.
misalnya, pakailah eye shadow kaler lembut dan natural.
yang penting, korang harus jaga kesihatan bibir. kita selalu mengalami bibir kering. oleh itu jangan tinggalkan lip balm. sentiasa sapu lip balm pada bibir. lelaki akan pandang kita dari mata kita hingga ke bibir. emmm....mata yang bersinar dan bibir yang sihat akan membuatkan si dia semakin terpikat ngan korang.
3. bau mulut
bau mulut bleh membuatkan orang akan menjauhi kita. oleh itu, korang kena pastikan bau mulut korang fresh macam papermint dan tak mengeluarkan bau yang kurang enak.
si dia akan terus reject korang kalau bau mulut korang kurang enak.
pakai dah cantik dan muka dah cute tapi tiba2 si dia tercium bau bawang putih dari mulut korang, pasrah je lah kalau si dia cakap jangan hubungi dia lagi. melepas la korang. sebelum keluar tu, pastikan korang dah berus gigi dan berkumur dengan ubat kumur.
jangan lupa simpan gula2 untuk menyegarkan mulut korang semasa date ngan dia.
4. jangan gelabah
memang kita rasa sedikit nerves sebab first time kita jumpa si dia dan first date kita.
tapi, kita mesti pandai mengawal kenervesan tu.
tunjukkan tahap konfiden kita tapi jangan pulak over konfiden.
kita sebagai perempuan mesti lah nampak malu-malu.
tapi jangan pulak terlalu malu.
si dia akan akan rasa serba salah ngan korang nanti.
yakin lah ngan diri sendiri walaupun pada hakikat nya korang sangat
nerves.
5. topik perbualan
first time jumpa mesti tak tau nak cakap apa. tapi cuba cari topik perbualan supaya keadaan tak membosankan.
tapi jangan buka topik yang membosankan. jangan banyak menceritakan tentang diri korang. tak pasal2 korang syok sendiri.
kalau si dia jawab endah tak endah macam, ya ke? "emmm... ", "oh...." tu dah menunjukkan si dia bosan dengan topik korang. so, lebih korang berhenti berhenti bercakap.
jangan tunjukkan diri korang tau segala-galanya. sebab lelaki ni ego sikit. tapi jangan pulak cakap tak henti2 macam mulut murai. bosan la si dia. cuba ketahui apa yang si dia suka. dan banyak bercerita tentang minat si dia. kalau korang mempunyai minat yang sama, korang dapat berbual-bual tanpa bosan.
6. adab makan
pertama kali jumpa korang mesti nak nampak baik dan sopan depan si dia.
pesan makanan yang sederhana je. jangan rambang mata pesan banyak2.
kalau dating, mesti si dia yang belanjakan tapi jangan ambil kesempatan pesan makanan yang banyak dan mahal.
makan dengan penuh sopan tapi jangan pulak terlalu berpura-pura. jadilah diri sendiri.
lepas makan, minta diri untuk pergi ke toilet. bukan apa...nak periksa ada ke tak benda melekat kat gigi.
lepas makan tu, berkumur lah then belek2 muka korang. adakah make up korang masih elok.
kalau tak, korang touch up la sikit.
7. jadilah diri sendiri
yang ni adalah yang paling penting.
korang akan nampak mengada-ngada kalau cuba menjadi orang lain.
jangan tergedik2 sebab lelaki tak suka perempuan yang tergedik2.
kita bleh nampak manja dalam tegas. maksudnya bukan manja yang dibuat2, merengek2 macam budak kecik dan terlentok2.
korang jaga diri sendiri. jangan mengatal main pegang2 tangan si dia. lelaki memang suka kalau dperlakukan begitu. kalau perempuan dah mulakan dulu, apa lagi lelaki.
ok..tu je tips yang sy share setakat nie. kalau si dia ajak korang keluar sekali lagi, maknanya si dia senang ngan u all. selamat mengamal!