baik-baik si kucing
Sunday, May 1, 2011 | 9:54 AM | 2 comments
*comel kan?!
sy nak bercakap tentang benda yang sama tapi sedikit perbezaan.
iaitu sy nak menulis tentang persahabatan.
kita dikelilingi dengan macam2 jenis kawan.
ada kawan yang baik...sederhana...talam dua muka...dan yang seangkatan dengannya.
seperti persoalan yang pernah sy ketengahkan sebelum ni iaitu apakah perbezaan kawan, teman dan sahabat???
dalam berkawan nie, kita harus berhati2 dalam memilih kawan. takut nanti akan jadi lawan kat kita.
di sini sy nak menulis tentang talam dua muka.
dalam bab berkawan, kita akan menghadapi jenis kawan seperti nie.
sy akan senaraikan ciri-ciri kawan jenis talam dua muka atau bermuka.
1. memburukkan orang lain
~ciri yang pertama yang dapat kita lihat dalam diri si talam dua muka nie adalah suka memburukkan orang lain.
di depan kita, diorang akan bermulut manis ngan kita tapi memburukkan orang lain walaupun kawan dia sendiri.
memang tak ada topik lain kalau bersama ngan si talam dua muka nie. asyik nak memburukkan orang lain. orang macam nie kita harus hindarkan kerana ada dua sebab. pertama, tak kan kita nak buat dan tambah dosa kita nak join dia memburukkan orang lain. tak pasal2 kita pulak yang menempah nama buruk. sebab kedua ialah, kita dah tau perangai dia yang suka memburukkan orang lain depan kita. kita tak tau dia buat apa kat belakang kita kan.
orang macam ni akan memburukkan kita kat belakang kita seperti mana dia buat kat orang lain.
jadi, kita harus berhati2 dengan orang macam ni. orang macam ni bijak memanipusikan keadaan.
2. cerita yang over
~si talam ni akan selalu bercerita ngan kita.
maksudnya bergosip lah. semua orang suka bergosip.
tapi, bila cerita tu macam over the limit dan tak dapat diterima dek akal, jadi korang jangan sesekali mempercayai donggeng si talam tu.
kita ada akal fikiran dan tau membezakan yang betul dan yang salah.
diorang nie akan menjadikan cerita tersebut macam benar2 berlaku sedangkan tu semua skrip lakonan diorang.
berhati2 kalau dengar cerita dari diorang ni.
kalau diorang dah tau kita mempercayai diorang, makin diorang suka.
moralnya, jangan terima bulat2 cerita diorang.
3. korek-korek
~sterusnya...si talam ni akan sentiasa mahu mengorek.
hah!!! mengorek apanya? bukan mengorek taik hidung ye.
diorang nie akan sentiasa nak tau rahsia kita.
diorang akan korek dan korek dan korek...
jadi berhati2 kalau meluah dengan diorang ni.
takut rahsia kerajaan korang berada dalam tangan si talam ni.
diorang ni sangat bijak dalam mengorek rahsia orang.
bijak memanipulasikan keadaan.
memang bijak kan.
kalau rahsia kerajaan korang dah berada dalam tangan diorang...haha...lu pikir la sendiri.
pasti akan menjadi berita panas!
4. macam tak ada pa2
~faham x pa maksudnya?
si talam dua muka ni bukan bermuka ganas atau gedik2.
macam kucing...comel kan. tapi diorang pandai mencakar.
macam kucing...comel kan. tapi diorang pandai mencakar.
pasti korang tak percaya yang diorang ni sangat berbahaya.
perwatakan diorang ni adalah bermuka baik dan macam tak ada apa.
itu lah mereka yang sebenarnya..diorang mampu mengaburi mata kita ngan perwatakan diorang tu.
jangan percaya pada perwatakan tu. tu semua tipu belaka.
kat belakang kita...mula lah tumbuh tanduk.
takut kan ngan jenis macam ni.
5. menegakkan benang yang basah
~yang nie, adalah disaat kita dah tau belang diorang.
"oh..kamu tikam sy dari belakang ya."
apabila situasi ni berlaku..hah..diorang akan jadi seperti cacing kepanasan.
macam si kucing...berusaha menggali taik sendiri supaya tak dapat dikesan.
diorang akan mereka2 sinetron sedih diorang semata2 nak nampak diorang tak salah.
*sakit kan kalau ditikam dari belakang. kenapa tak tikam dari depan?????